Thursday 9 February 2012

SELOKA 5 HIKMAH



 Salam sejahtera pembuka seloka,
Untuk hiburan anda semua,
5H terkenal dengan kepandaian,
Namun semua itu bukan kenyataan

Cikgu Faridah guru kelas kami,
Asyik bercerita sepanjang hari,
Homework pula tak missed diberi,
Agar berjaya di kemudian hari

 Abid Sufian nama diberi,
Manjadi monitor di kelas kami,
Nnisa pula glamourkan diri,
Itulah dia penolong kami.

‘Beckham Malaysia’ nama glamour,
Itulah dia Faris namanya,
Nabeel pula asyik ketawa aje,
Bila berborak, terlupalah dunia

Si Haziq pula bermata sepet,
Tunjuk blur sepanjang pelajaran,
Afifudin pula rajin belaka,
Mengalah semut yang gigih bekerja.

Syukri  murid yang popular,
Playboy dan pemain ‘terror’ katanya,
Memang ada bakat jadi ‘star player’,
Mengacau gadis juga satu rutinnya.


Rasyid pula jimat  orangnya,
macam haji bakhil kedekut gila,
Fiqram buat lawak tak reti henti,
Begitulah penyeri kelas kami

Putra pula ‘joker’ kelas kami,
Bila buat lawak dia ketawa sendiri,
Lain pula dengan Syahmin ni,
Bila tersenyum nampak gigi.

Jika tiada, sunyilah kami

Jika ada, penyeri kami

Gelaran "PENGEBOM" sudah sebati
Itulah Norman dlam kelas kami


Orangnya cantik tapi gelabah sentiasa

Pemalu, pendiam bukan sikapnya

Shasha Mirza diberi nama
"Shushu murzu" pula gelaran dirinya.


Pergi ke sekolah sesuka hati

Banyak mulut, banyak bunyi

Kalau tak ada sunyilah kami
Itulah Faziera yg happy go lucky.


Berbaju biru setiap hari

Anis Amirah pengawas kelas kami

Ingat ke baik, berbudi pekerti

Perangai die sama macam kami

Bermata sepet ketika ketawa

Bila ketawa lupa dunia

Suka melatah tak kire masa
Aida Aneesa diberi nama.


Bila cikgu ada fokuslah kononnya

Bila cikgu keluar kecoh dibuat mereka

Sape lagi kalau bukan mereka berdua
Amirul dan Ainul lah orangnya.


Sekali pandang comel orangnya

Jaga-jaga sudah berpunya

Sanggup berkorban demi cintanya
Farah Amiera diberi nama.


Tiba giliran pelajar India pula,
Ramyaa Sri empunya diri,
Di dalam kelas diam sentiasa ,
Bila study, Wow boleh dipuji

Badan comel itulah dia,
Melawan guru itulah hobinya
Pantang ditegur terus lah marah
Itulah Shahanis yang yang hepy sentiasa

Hitam manis itulah Nadira
Dilihat cantik bak lady gaga
Pabila ditanya dui pelannya suara
Pabila ketawa ui!! cepat tutup telinga

Perempuan pemalu dikelas kami
Nisa Che Nazri diberi nama
Sekali bersuara terdiam kami
Bukannya apa,nak dengar suara

Zakirah Roslan senyap sahaja
Di dalam kelas jarang bersuara
Tiba result gempak sahaja
Sebab orangnya nan bijaksana

Seorang dikanan seorang di kiri

KEemana pergi tak pernah berenggang
Itulah dia Qaratu dengan putri
Pabila berjalan berlenggang lenggang

Duduk di meja no 2 dari depan sekali

Itulah Siti Maisarah nama diberi

CIita-citanya besar tidak terperi
Kalau merajuk comel sekali

Lemah lembut pendiam orangnya

Duduk dibelakang pilihan hatinya

Kalau tersenyum manis mukanya
Itulah Siti Sorfena punya Cerita

Bergurau senda serah padanya

Kalau merepek macam orang sakit jiwa

Sarah dan faizatul itulah namanya
Tak pernah marah sengih sentiasa

Apabila bercakap beriya-iya

Apabila tak faham tertanya-tanya

Budi bahasa kasar orangnya
Itulah belle dan mira azmi kita

Tiaga wanita cantik orangnya

Berbicara dengan mereka menyakitkan hati

Iintan, farzana dan siti amirah orangnya
Loyar buruk sampai ke mati

Wahai teman, rakan & taulan,

Ini hanya sekadar gurauan,

Bergurau senda menjadi hiburan,
Untuk menjalin ukhuwan persahabatan.

Wahai guru jangan terasa,
Ini memang perangai kami semua,
Salah & silap terkasar bahasa,
Harap maaf kan kami semua.

p/s : buat beberapa nama yang tak ada dalam seloka ni aku say sorry tau, mmg aku dah try yang terbaik tapi tak jumpa yang sesuai dgan korang. sorry kay :)







No comments:

Post a Comment